Ads 468x60px

Featured Posts

10 Perkara Yang Merosakkan Otak

Jangan rosakkan otak anda!!!

Pesanan Ustaz Azhar Idrus

Apa yg baik wajib dikongsi. Semoga memberi manfaat pada semua.

Kuasa RM5.00

Tahukah anda bahawa dengan hanya simpanan serendah RM5.00 sehari, anda mampu untuk menikmati perlindungan perubatan melebihi RM500,000, Bonus Tanpa Tuntutan, Elaun Harian Hospital dan pelbagai lagi manfaat lain. Hubungi 017-7502080 atau layari www.fabulousfazwan.com untuk keterangan lanjut.

Bersedia untuk bersara 'miskin'?

Kini Prudential ada menawarkan pelan yang dinamakan PRU Retirement Reward yang mana membolehkan anda untuk merancang sumber kewangan selepas anda bersara kelak dan anda juga akan menikmati Perlepasan Cukai Annutiti sebanyak RM1000 sepanjang anda menyimpan. Hubungi 017-7502080 atau layari www.fabulousfazwan.com untuk keterangan lanjut.

High Medical Inflation Rate Caused Malaysians have Insufficient Medical Insurance

Do you know how high Malaysia’s medical inflation rates for the past few years are? It’s about 10% to 15% annually! How much is your medical care coverage? RM100,000 or RM200,000?

Wednesday, February 15, 2012

6 Cara Untuk Anda Membina Kekayaan

1. KAYA KETURUNAN
Anda lahir ke dunia dan melihat wajah ibu anda adalah ratu Elizabeth.

Jangan salah faham, ini hanya contoh. Kalau seseorang itu lahir-lahir sahaja dan ibu dia adalah sekaya ratu Elizabeth, maka peluang dia untuk jadi kaya mungkin lebih tinggi bukan? Tapi berapa ramai di sini yang ada peluang untuk jadi kaya cara begini. Dalam 100 orang, mungkin 5 orang sahaja yang menjadi kaya kerana keturunan.

2. MENJADI USAHAWAN ATAU AHLI PERNIAGAAN
Cuba anda fikirkan sejenak. Apakah pekerjaan mereka yang tersenarai di Forbes Magazine sebagai manusia yang kaya dan berjaya? 74% daripada mereka yang berjaya dan kaya adalah mereka yang menjalankan perniagaan.

Pernah dengar tentang hadith nabi yang menyebut 9/10 daripada sumber rezeki adalah hasil daripada perniagaan? Ramai yang pernah mendengar hadith tersebut, malah ada sesetengah ustaz yang dok mengajar hadith ini tetapi mereka sendiri tidak mempraktikkan apa yang disarankan oleh nabi s.a.w iaitu berniaga. Zaman hari ini kita perlu bertindak pantas. Jangan risau tentang hal orang lain tetapi fokus untuk memperbaiki diri kita sendiri.

Dapatkan ilmu dari mentor yang telah terbukti berjaya dalam perniagaan dan pelajari sistem yang digunakan kemudian bertindak untuk membina perniagaan anda sendiri. Lihatlah contoh perniagaan yang berjaya seperti kedai pakaian JAKEL milik usahawan bumiputra yang berjaya. Bermula hampir 30 tahun dahulu dan hari ini terus berkembang mempunyai banyak cawangan.

Kita perlu bangga dengan kejayaan tersebut, sokong kejayaan tersebut dan mencontohi kejayaan tersebut. Bukan bila tengok mereka berjaya dan mulalah keluar macam-macam kata-kata berbaur busuk hati dan dengki melihat kejayaan tersebut. Jika anda pernah ke Jakel, anda akan terperanjat dengan cara mereka melayan pelanggan yang sangat peramah walaupun anda bukan selebriti atau dikenali. Itulah antara perkara yang usahawan perlu contohi. Belum kira lagi lihat betapa seronoknya mereka adik-beradik, ipar duai yang boleh kembangkan perniagaan mereka masing-masing bersama-sama.

Mungkin ada “biawak” yang cakap, “Eleh, masalah dalaman mana kau tahu?”. Point saya ialah apa yang baik kita ambil tauladan. Yang pergi fokus dekat masalah tu buat apa? Bila kita terlampau sibuk cari masalah orang lain, kita akan terlupa yang kita ni mungkin berlambak masalah.

Point saya di sini, keusahawanan adalah platform yang bagus untuk membina kekayaan dan kejayaan tetapi anda perlu bersedia untuk sentiasa belajar memperbaiki diri dan skil anda. Kuasai ilmu pemasaran kerana pemasaran adalah kunci kejayaan dan kekayaan keusahawanan.

3. BEKERJA KERAS UNTUK MENDAKI JAWATAN DEMI JAWATAN
Adakah anda tahu bahawa 10% daripada mereka yang berjaya membina kekayaan adalah dengan cara sanggup bekerja keras, berusaha dan menjadi aset kepada syarikat-syarikat. Mereka berkhidmat di syarikat-syarikat yang pada asalnya kecil kemudian selepas beberapa tahun menjadi syarikat yang besar, maka mereka yang bekerja keras ini diberikan ganjaran saham syarikat apabila syarikat tersebut diapungkan ke bursa saham. Ramai juga yang menjadi jutawan dengan cara begini.

4. MENJADI  PAKAR ATAU PROFESSIONAL DI DALAM SESUATU BIDANG
Ramai juga yang berjaya membina kekayaan dan kejayaan dengan menjadi professional ataupun pakar di dalam sesuatu bidang. Contohnya seperti doktor, doktor gigi, peguam, arkitek, jurutera dan lain-lain lagi yang sangat berpengalaman dan pakar dalam jurusan mereka. Mereka adalah orang yang berusaha keras untuk mendapatkan kelayakan akademik dan sanggup bekerja keras untuk membina pengalaman serta kepakaran mereka. Ramai yang mendapat pendapatan yang tinggi dan tahu uruskan kewangan mereka untuk pelaburan dan pendapatan pasif.

5. TERLIBAT DI DALAM "SALES" (BIDANG JUALAN)
Salah satu cara untuk membina kekayaan adalah terlibat di dalam sales atau bidang jualan dan pemasaran. Ramai yang menjadi jutawan dengan bermula daripada “sales”. Malah terlibat di dalam sales atau bidang jualan adalah antara cara yang mudah dan ramai daripada mereka yang berjaya serta kaya dengan cara ini mungkin tidak mempunyai kelulusan akademik yang melangit tetapi pendapatan mereka mungkin lebih banyak sebulan dibandingkan dengan pendapatan setahun seorang professor yang mengajar tentang teori jualan dan pemasaran tetapi tidak pernah jual atau pasarkan walau sebatang pen pun.

Orang yang mahu berjaya dalam bidang sales atau jualan ini, mereka perlu bersedia untuk bekerja keras, sanggup belajar dan perlu tahu uruskan kewangan dan belajar untuk melaburkan duit mereka serta bijak menguruskan kewangan supaya ianya tidak “lebur”.

6. NASIB, BAKAT ATAU TERPIJAK
Hanya 1% daripada mereka yang kaya dan berjaya adalah mereka yang kaya menggunakan cara ini. Mereka adalah yang berjaya membina kekayaan melalui saham, ciptaan terbaru atau terkini, teknologi, industri hiburan, penulisan buku dan lagu, menang loteri atau apa-apa cara yang banyak memerlukan usaha tetapi banyak bergantung kepada bakat atau nasib. Malangnya, kumpulan inilah yang selalu diwar-warkan atau mendapat publisiti sedangkan sebenarnya cara untuk kaya dengan kaedah ini adalah tidak mustahil tetapi agak susah. Dan malangnya lagi di Malaysia ini, anak bangsa kita banyak ditonjolkan tentang kononnya betapa mudah untuk berjaya hanya dengan menjadi artis. Tetapi sebenarnya tidak, apapun bidang yang diceburi. Seseorang itu perlu bersedia untuk belajar mendapatkan ilmu, mentor, sistem serta sanggup berusaha bertindak pantas.

Artikel ini dipetik dari Metro Ahad, 10 Oktober 2010 oleh Dr. Azizan Osman.

Begitulah 6 cara untuk anda membina kekayaan seperti yang diberitahu oleh Dr Azizan Osman.

10 Perkara Yang Merosakkan Otak


Jangan rosakkan otak anda!!!

Tuesday, February 14, 2012

Pesanan Ustaz Azhar Idrus


Apa yg baik wajib dikongsi. Semoga memberi manfaat pada semua.

Mana lebih penting, buku amalan atau muka buku??

Monday, February 13, 2012

Only happens in Malaysia


Too many lane for Toll Plaza but only one lane for Road Block. Why?

Not enough man power??? How many police traffic that we have in Malaysia??

Sunday, February 12, 2012

Zafry Al Khausar

Petang tadi sempat jugak aku ke Hospital Ampang untuk pegi menziarah Pojie dan Jart yang baru je menerima cahaya mata kedua mereka yang telah diberi nama Zafry Al Khausar Bin Mohamad Fauzi. Alhamdulillah baby dan Jart sihat. Actually Pojie dan Jart ni adalah member dan juga merangkap client aku, termasuk la jgak Arief Al Khausar iaitu anak pertama mereka.

Tengahari tadi pon sempatkan jugak la pegi cari hadiah untuk Zafry. Nasib baik la jumpa yg sesuai.

Ini jer yang dpt Uncle dibeli. Moga2 Zafry suka yer
Semoga Zafry menjadi anak yang soleh.
Berumur 1 hari.
Zafry, Daddy & Uncle Farouk.
Zafry Al Khausar Bin Mohamad Fauzi

Kick him out! Suarez should NEVER play for Liverpool again, blasts Fergie

So it's OK for Cantona to kick a fan and play for MUFC again? OK for Schmeichel to racially abuse Ian Wright and play for MUFC again? OK for Ferdinand to refuse a drugs test and play for MUFC again? And then you have players like Giggs and Rooney who have sexual relationships in the public eye, they are the real disgrace. - Credit to Ryan Eiszkandar

Oops, Sorry dude. I can't see your hand
Luis Suarez had refused to shake hands with Patrice Evra
Provoke dance

Wednesday, February 8, 2012

6 petua untuk berjaya

APAKAH sifat-sifat istimewa yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya dan berhemah tinggi? Mengapa mereka terus menempa kejayaan demi kejayaan, sedangkan dalam masa yang sama orang lain terus dilanda masalah? Jawapannya ialah bagaimana mereka melihat setiap masalah yang dihadapi. Mereka mengendali setiap masalah secara betul dan praktikal. Mereka juga memahami enam prinsip yang berhubungkait dengan jenis masalah. Penulis menemui jawapan ini dalam buku Tough Times Never Last, But Tough People Do oleh Dr. Robert H. Schuller. Justeru, penulis ingin berkongsi dengan pembaca akhbar Utusan Malaysia petua untuk menuju kejayaan. Keenam-enam petua ini adalah dipetik daripada buku tersebut.

1. SETIAP INSAN YANG HIDUP MEMPUNYAI MASALAH
Apakah masalah yang anda hadapi sekarang? Adakah ia disebabkan anda tidak mempunyai pekerjaan? Mungkin anda berfikir bahawa setelah mendapat pekerjaan, semua masalah akan lenyap. Umum tahu bahawa mereka yang mempunyai pekerjaan juga mempunyai banyak masalah. Mereka mengeluh kerana terpaksa bangun awal pagi untuk pergi ke tempat kerja pada setiap hari bekerja. Terdapat juga ratusan, mungkin ribuan pekerja mendapat kerja yang tidak mereka sukai. Sesetengah orang pula beranggapan bahawa masalah mereka timbul kerana terpaksa melapor diri kepada seorang ketua. Tetapi ramai pula ketua yang menghadapi masalah, sama ada dari segi perhubungan antara kakitangan atau pun pengurusan kakitangan. Jadi, bagaimanakah keadaan mereka yang berjaya? Adakah mereka terkecuali daripada menghadapi masalah? Sebenarnya setiap kejayaan tidak menghapuskan masalah, malah ia melahirkan satu masalah yang baru pula. Kita haruslah terima keadaan ini sebagai satu hakikat hidup seharian di dunia ini.

2. JANGKA MASA TERHAD
Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan pergi jua. Ketepatan kenyataan ini adalah jelas kalau kita menoleh ke belakang melihat sejarah manusia. Tamadun manusia menghadapi detik-detik kegemilangan dan juga kejatuhannya. Institusi kemanusiaan yang menghadapi suasana kemelesetan akan satu ketika nanti menuju ke mercu kejayaan secara perlahan-lahan.

3. SETIAP MASALAH HARUS MEMPUNYAI PENGARUH POSITIF
Setiap masalah mengandungi bahan atau ramuan rahsia potensi yang kreatif, sama ada untuk diri anda atau pun untuk orang lain. Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh dijadikan modal bisnes yang menguntungkan orang lain. Sebagai contoh, seseorang yang pernah diisytiharkan muflis oleh mahkamah boleh bertindak sebagai seorang penasihat kepada mereka yang akan diumumkan sebagai seorang muflis. Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh memberi kesempatan atau peluang baik kepada orang lain pula.

4. SETIAP MASALAH BOLEH MENGUBAH SIKAP ANDA
Sebagai contoh, kita kadangkala bersua dengan seorang jurujual yang berjaya. Tetapi apabila diselidiki, ia berkelulusan dalam bidang sejarah dan pendidikan yang tidak ada kaitan dengan kerjayanya. Sebenarnya, dia dahulu bekerja sebagai seorang guru. Tetapi bagi dia, kerjaya guru menjemukan sehinggakan telah menimbulkan banyak masalah kepada majikannya dan akhirnya diberhentikan kerja. Kerana marah disebabkan pemberhentian kerjanya, dia berazam untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa dia juga boleh berjaya dalam hidup. Kini, dia bersyukur kerana peristiwa dibuang kerja telah membuatkan dia berasa sangat marah sehingga dia bertekad untuk terus berusaha sehingga berjaya.

5. PILIHAN MENGAWAL MASALAH
Anda mungkin tidak dapat mengawal masalah. Tetapi anda boleh merancang tindakan balas terhadapnya. Sekiranya anda mengawal rancangan tindakan balas terhadap masalah hidup, ini bermakna anda telah dapat mengawal masalah yang melanda diri sendiri. Masalah boleh membuat anda lemah atau sebaliknya. Ia juga boleh membuat anda hidup dengan lebih baik ataupun menderita. Semuanya bergantung kepada diri anda sendiri untuk menentukannya.

6. SETIAP MASALAH MEMPUNYAI TINDAK BALAS
Akhir sekali, orang-orang yang cekal hati boleh terus hidup walaupun dalam keadaan yang menyulitkan. Ini kerana mereka memilih untuk bertindak balas secara positif dalam keadaan sulit atau berbahaya walaupun ia bukanlah satu perkara yang mudah. Misalnya, apakah tindak balas positif jika seseorang itu menghadapi masalah kewangan yang rumit? Dalam situasi ini, apakah tindakan positif yang harus diambil? Melarikan diri daripada penagih hutang? Mencari jalan keluar seperti minum arak sehingga mabuk atau sebagainya? Tidak! Tindakan balas negatif itu hanyalah penyelesaian sementara yang boleh membuahkan lain-lain masalah baru. Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama. Ia memerlukan keberanian untuk bersemuka dengan penagih hutang dan berunding secara jujur dan terus terang. Jika mereka berkeras, maka jalan paling baik yang harus diambil adalah secara undang-undang dan terhormat, iaitu menerima perintah diisytiharkan sebagai seorang muflis oleh mahkamah. Ringkasnya, sekiranya anda tidak dapat menyelesaikan masalah, maka anda harus mengendalikannya.

Monday, February 6, 2012

Kahwin cara MELAYU atau Kahwin cara ISLAM?

Aku tertarik untuk kongsikan artikel ni. Samada cerita ini benar ataupun tidak itu aku tak pasti, tapi apa yang diperkatakan tu aku setuju 100%. Budaya tunjuk menunjuk dan bermegah - megah dah jadi satu standard yang menjadi ikutan dikalangan orang melayu kita bila berbicara soal perkahwinan. Rukun Melayu akan lebih diutamakan berbanding Rukun Nikah. Walaubagaimanapun, masing - masing ada pendapat tersendiri, no right no wrong selagi Rukun Nikah menjadi tunjang utama. Semoga budaya membazir ni dapat dikurangkan. Seperti yang kita tau, membazir adalah amalan Syaitan, so kalau awal perkahwinan dah diterapkan dengan sifat - sifat Syaitan, macamana perkahwinan nak dapat keberkatan Allah S.W.T

Apa yang ingin dikongsikan adalah sebuah artikel yang menarik tentang perkahwinan muda mudi. Ini adalah kisah seorang gadis yang berfikir di luar konteks minda masyarakat Melayu sekarang. SYABAS buat gadis tersebut dan suaminya!!!

Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya. Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.

Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi dan dibuat sebagai IBRAH bersama.

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. 

Jadi, mengapa berkahwin? 

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?” 

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. 

Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. 

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. 

Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. 

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. 

Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. 

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.

Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. 

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. 

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? 

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. 

Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. 

Tapi cuba fikir, perlu tidak? 

Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? 

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. 

Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang. 

Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding? 

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. 

Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. 

Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. 

Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? 

Harga lampin pakai buang? 

Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? 

Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. 

Pening!! 

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. 

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. 

Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. 

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. 

Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. 

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. 

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. 

Buat apa menyusahkan suami? 

Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. 

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. 

Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. 

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. 

Berkahwinlah! 

Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

***************************************************************************

Betul tak apa yang dia kata tu? 

Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat.

Saturday, February 4, 2012

Celebrate birthday abah

Hari ni family aku dtg Shah Alam sbb ada urusan rasmi yg perlu diselesaikan. Lepas urusan tu selesai, aku plan nak pegi celebrate birthday abah. Semalam (3/2/2012) adalah birthday abah, so dah alang2 diorg kat sini, pe salahnye celebrate sekali kan. Takde idea pon nak makan kat mana, malas nak pegi shopping complex sebab confirm ramai orang, dah tengahari plak tu, kang satu hal plak nak cari parking.

Akhirnya pilih nak makan kat Zam Zam Arbic Restaurant kat seksyen 9 tu je lar sebab Ami pon nak pegi hantar brg2 kawin dia. Aku tak pernah pon mkn kat situ, tapi try jer lar. Tak cuba tak tahu. Bila dah cuba, apa yg boleh aku cakap adalah makanan kat D'Arab Restaurant lagi best lar, harga pon takde la semahal Zam Zam Arbic Restaurant ni. Pandangan masing2, citarasa masing2, aku hanya bagi pendapat.

Mari menelaah menu yang langsung tak menarik
Banker yang sentiasa senyum
Bakal pengantin
Peace yooo
Alhamdulillah kenyang walaupon makanan tak best

Friday, January 27, 2012

Kenapa Ianya Penting

Kisah ni amat penting untuk aku kongsi dgn korang semua dan korang mesti baca!! Apa yg diceritakan tu memang betul2 memberi pengajaran. Hargailah masa sihat dengan sebaik2nya. 

Thursday, January 26, 2012

Top 10 Critical Illness Payout


Info ni aku cilok dari facebook Tuan Syed Zain, tapi dah mintak kebenaran dulu lar. Apa yang dipaparkan ini adalah suatu kenyataan dan perlu dipandang serius terutamanya oleh golongan wanita.

Breast Cancer merupakan pampasan paling tinggi iaitu No 1 yg di bayar oleh Prudential (6.339 Million). Jadi lindungilah diri dan keluarga tersayang anda segera dgn perlindungan lengkap dari Prudential/PruBSN Takaful. Hubungi saya untuk keterangan lanjut.Hubungi saya untuk keterangan lanjut.. TQ ~ www.fabulousfazwan.com

PWP Conference 2012

Ni adalah gambar di sekitar event Prudential Wealth Planner Conference 2012 yg telah berlangsung di Genting Highland pada 17 dan 18 January 2012 yg lepas. Walaupun event berlangsung selama 2 hari, tapi aku hanya hadir sehari jer sbb ada hal lain yg terpaksa diuruskan.


Pada event ni jugak telah diumumkan Star Club untuk tahun 2012 iaitu Munich dan Prague. Destinasi yg menarik dan requirement pon dah tentulah cantik jugak. So kene keje lebih kuat utk tahun 2012 ni.

Warga Prudential dari seluruh Malaysia.
Terbaik selama 88 tahun.
Di lobi GICC sebelum bergerak balik.

Thursday, January 19, 2012

Kuasa RM5.00

Ramai yang beranggapan bahawa kos untuk memiliki insurans/takaful adalah mahal. Tapi percayalah bahawa dengan hanya simpanan serendah RM5.00 sehari, anda mampu untuk menikmati kelebihan-kelebihan berikut :

Pampasan- Kematian: RM 25,000
- Kecacatan Kekal: RM 25,000
- Penyakit Kritikal: RM 25,000
Manfaat Perubatan- Bilik/Wad: RM 150
- Had Tahunan: RM 62,500
- Had Seumur Hidup: RM 625,000
- Bonus Tanpa Tuntutan: RM 150
- Bonus Kesetiaan: RM 90
Elaun- Hospital: RM 200 Sehari
- ICU: RM 200 Sehari
- Pembedahan: Sehingga RM 5,000


dan pelbagai lagi kelebihan-kelebihan lain yang menanti anda. Jumlah manfaat mungkin berbeza mengikut tahap umur, pekerjaan dan kesihatan.

Tuesday, January 10, 2012

High Medical Inflation Rate Caused Malaysians have Insufficient Medical Insurance

Do you know how high Malaysia’s medical inflation rates for the past few years are? It’s about 10% to 15% annually! How much is your medical care coverage? RM100,000 or RM200,000?

Newspaper article
Let me show you some examples to get a better picture of how the medical inflation 10% to 15% affecting your medical costs and medical card coverage.

PROJECTION OF MEDICAL COSTS IN FUTURE OF 10 YEARS AND 20 YEARS:

RM20,000 today would cost RM51,875 after 10 years (inflation rate of 10%)
RM20,000 today would cost RM80,911 after 10 years (inflation rate of 15%)
RM20,000 today would cost RM134,550 after 20 years (inflation rate of 10%)
RM20,000 today would cost RM327,331 after 20 years (inflation rate of 15%)

From the results shown on above, obviously the high medical inflation rates will cause many Malaysians does not afford to fall ill. Because, the expensive yet keep rising medical cost has caused them who have insufficient medical insurance suffer with the hospitalization fees.

HOSPITALIZATION AND SURGICAL INSURANCE (HSI) AND CRITICAL ILLNESS POLICY

Check and review back your current insurance policy and coverage amount. Does it sufficient enough to cover your future medical costs (touch wood yaa)? Else, you may look into the HSI and Critical Illness Policy to ensure you are covered with sufficient medical insurance. Basically, the HSI will cover hospitalization costs and outpatient treatments whereas the critical illness policy will provide a lump sum amount that can be used flexible up to your own planning and needs.

Hope these could help more Malaysians to be aware about the importance and urgency to look at the insufficient medical insurance coverage issue due to the high medical inflation rates.

Credit to : http://www.horlic.com

Friday, December 30, 2011

‎2012 pasti lebih kaya dan berjaya!!!


Hari ni 30 December 2011, tinggal 2 hari je lagi nak berakhirnya tahun 2011. Banyak suka dan duka yang berlaku. Apa yang paling penting adalah pengalaman yang diperolehi dan ilmu yang dipelajari sepanjang tahun 2011 tu. Kejayaan dan pencapaian yang hebat adalah subjektif dan berbeza mengikut pandangan setiap individu. Asalkan kita gembira dengan apa yang telah dicapai, itu bermakna kita telah berjaya dalam meningkatkan kualiti hidup kita.

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Permulaan yang sukar dan penuh susah payah tidak penting, tapi apa yang paling penting adalah bagaimana kita mengakhirinya, samada diatas ataupun dibawah. Jangan takut pada kegagalan sebab macam apa yang aku bagitau tadi pengalaman dan ilmu yang dipelajari adalah lebih penting.

So untuk tahun 2012, ini adalah apa yang aku nak capai :-
  • Pendapatan melebihi RM5000 sebulan.
  • Melayakkan diri untuk Prudential Star Club 2012.
  • Mengakhiri zaman Bujang. (Insyaallah, doa2 lar semoga dipermudahkan).
  • Melangsaikan terus hutang kad kredit.

Monday, December 26, 2011

Berhati2 dgn lirik lagu yg menyesatkan


Dear Muslim Friends, 

kalau dengar lagu It Will Rain by Bruno Mars, harap2 jangan ikut nyanyi sekali la yea, sebab ada bait lirik yang boleh bawa kita ke arah murtad (for Muslims). kalau boleh tak payah dengar langsung. ni lirik nya : "There's no religion that could save me" ( tiada agama yang boleh selamat kan aku ) "No matter how long my knees are on the floor" ( tak kira berapa lama melutut di lantai ) tiada agama?? jaga2.. Allah SWT murka nanti, sebab kita terleka... 

Mohon sebarkan!! Jika kamu sayang Allah SWT & Islam * Copy Dan Paste *

Sunday, December 25, 2011

Seminar Kuasai Potensi Diri 2012

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Hari ni ter-rialisasi jugak hasrat aku nak ikuti seminar Dr. Azizan ni. Sebenarnya dah lama aku nak ikuti seminar ni tapi disebabkan harga yang dikenakan agak mahal dan masa plak asyik tak kene jer, sebab tu la hasrat asyik tertangguh. Untuk tahun 2011, seminar ni dikenali sebagai Seminar Kenali Potensi Diri tapi untuk tahun 2012 seminar ni dikenali plak sebagai Seminar Kuasai Potensi Diri dan seminar yg aku hadiri ni merupakan seminar sesi pertama untuk tahun 2012. 
Seminar ni berlangsung di Menara PGRM, Cheras. Alhamdulillah, aku bersyukur sgt sebab dalam ramai2 orang yang tidak yakin dengan apa yg aku buat, masih ada orang2 disekeliling yang memberi sokongan sepenuhnya pada aku dan nampak masa depan yang aku ingin cipta. Aku nekad dengan apa yang aku nak capai dan sokongan orang2 sekeliling amat2 bermakna. Terima kasih sgt2. 

M.E.S.T.I
Mereka yang pernah ikuti seminar Dr. Azizan ni 
tau lar apa makna M.E.S.T.I tu.

Seminar ini juga adalah inisiatif terbaru aku dalam proses mendalami ilmu untuk merubah masa depan. Sebelum2 ni memang dah banyak kursus dan seminar yang aku pegi tapi seminar Dr. Azizan ni berbeza sket. Dalam seminar sebelum2 ni, ia lebih kepada memberi motivasi bagaimana untuk mencapai kejayaan tapi dalam seminar Dr. Azizan ni pula, apa yang ditekankan adalah bagaimana kita nak mengenali potensi diri kita dan menguasainya supaya objektif kejayaan yang ingin dicapai lebih mudah. Setiap orang ada potensi tersendiri untuk berjaya, Allah SWT jadikan setiap manusia dengan kelebihan masing2 cuma terpulang pada manusia itu samada sedar atau tidak apa yang ada dalam diri mereka. 

Seperti apa yang Dr. Azizan katakan, ramai orang susah yg salahkan keadaan sekeliling kerana menjadikan mereka begitu dan menerimanya sebagai takdir. Tapi sebenarnya, kita ada kuasa untuk merubahnya dan ia terletak pada usaha yang kita lakukan. Terpulang samada kita nak atau tidak. Fikiran kene sentiasa positif. Setiap orang boleh berjaya cuma caranya mungkin berbeza sebab kita ada kemampuan yang berbeza. Sebab tu kita kene kenali dan kuasai potensi diri kita.

Secara kesimpulannya, seminar ni memang bagus, lain dari yg lain dan sangat2 berbaloi. Aku pun tak pernah rasa rugi dengan seminar yang aku pernah ikuti sebelum2 ni sebab pada aku pelaburan untuk ilmu adalah pelaburan yang memberi manfaat paling besar.

Keadaan sesak untuk masuk ke dewan.
Makin sesak di depan pintu dewan.
Orang telah ramai mengisi tempat duduk.
Seminar start pukul 9 pagi tapi inilah keadaannya bila aku sampai pada jam 8.30 pagi, ramai yang dah memenuhi kerusi bahagian depan. Setiap seminar Dr. Azizan ni memang selalu mendapat sambutan hangat, sebab tu ramai yang sanggup datang awal semata-mata untuk duduk di bahagian depan.

Apa yang paling dibanggakan adalah mereka semua yang memenuhi segenap dewan ni adalah bangsa aku.
Semuanya berfikiran positif dan mempunyai impian dan perancangan masing2. Walaupun yuran seminar agak mahal, tapi itu bukan penghalang untuk kita mencari ilmu.

wristband
Seminar dimulakan dengan sesi senaman ringan.
Dr. Azizan memulakan sesi seminar.
Seminar tidak bosan dan segala isi kandungan yang dikongsikan amat2 bermanfaat.

Surprise!!! Kehadiran BOBOI mengamatkan dewan.
Boboi
Tempat jualan merchandise BOBOI.
Jeng!! Jeng!! Jeng!! ini apa yg aku beli.
Original okeyyy!!! dengan harga promosi.
"ala tomey-tomey"

Suami Dayus Rela Isteri Diperkosa Sebelum Malam Pertama

Penulis menamakan entri hangat kali ini “ Suami Dayus Rela Isteri Diperkosa Sebelum Malam Pertama”.

Saat menjadi raja sehari adalah saat yang sangat berharga bagi ramai pasangan yang telah lama bercinta. Setelah akad nikah dilafazkan di hadapan wali dan para saksi, maka sempurnalah syarat bagi mengisytiharkan mereka sebagai pasangan suami isteri yang sah. Malam pertama ditunggu-tunggu.

Ramai yang leka. Sebenarnya Perkahwinan adalah soal tanggungjawab. Lelaki yang menikahi itu adalah seorang khalifah (ketua) yang dilantik di dalam sebuah kerajaan yang dipanggil (keluarga). Maka, sangat besar dan berat akan tanggungjawab seorang suami khususnya di dalam misi memelihara maruah isterinya dan memimpin isterinya menuju ciri isteri solehah.

Malang sekali, ada ramai lelaki yang awal-awal bergelar suami, sudah pun bergelar DAYUS di sisi Allah. Memang amat berat penyataan ini, namun buktinya boleh dillihat nyata di dalam maysrakat Melayu kita hari ini.

Sewaktu akad nikah berlangsung, isterinya duduk tidak jauh di satu sudut sambil tersipu malu. Mukannya berseri dengan solekan tebal, anggun di sebalik baju pernikahan yang cantik dan rambut hitamnya bersanggul kemas, diselitkan sekuntum bunga mawar. Tetamu-tetamu lelaki bukan muhrim melihat aurat rambut isterinya yang tidak bertudung itu.

Kemudian, di saat persandingan pula, persalinan pun ditukar. Si suami dan isteri berarak menuju jinjang pelamin. Suami segak berbaju Melayu, bersamping dan bertanjak dan si isteri memakai tudung. Nampak lebih Muslimah tatkala melihat si isteri bertudung. Namun di bawah, terbujur sepasang baju pengantin yang sendat mengikut bentuk dada dan pinggang isterinya. Seperti ratu kebaya. Akibat rekaan sendat yang disengajakan, tetamu-tetamu majlis hari itu secara percuma dihidangkan dengan dua bonjolan cantik yang sangat ketara daripada dada isterinya. Bahagian lengan baju yang jarang menampakkan kulit lengannya yang putih melepak. Persalinan yang sendat hingga ke bahagian punggung dan peha akhirnya menyebabkan setiap kali isterinya berjalan, kain pengantinnya yang juga lembut melekat dan mengikut alur bentuk betis dan pehanya pada setiap langkah. Sangat seksi.


Para tetamu lelaki bukan muhrim yang berada di sekeliling terpaku melihat isterinya dan ada yang sambil memuji tuah si suami mendapat isteri yang cantik. Tetapi, di dalam benak nafsu serakah mereka, hanya Allah sahaja yang tahu. Nafsu mereka tercetus setelah melihat si isteri tadi dan beberapa di antara mereka sudah pun ‘merogol’ isteri lelaki tersebut di dalam fantasi kotor mereka. Kasihan, isteri itu telah ‘dinodai’ sebelum malam pertama bersama suaminya.

Pada saat raja sehari itu jugalah, secara rasminya si lelaki itu menjadi SUAMI YANG DAYUS. Dia telah mula menanggung dosa besar akibat maksiat mata dan akal yang telah dicetuskan oleh cara berpakaian isterinya yang tidak memelihara aurat dengan sempurna.

Jadi, apa pengajarannya wahai bakal-bakal pengantin sekalian ? Sila ambil berat soal aurat bakal isteri anda. Jangan awal-awal sudah jadi DAYUS !


Wednesday, December 21, 2011

Ihya’ Ulumuddin

Petang tadi masa singgah solat asar kat masjid taman sri gombak, ada la booth yang menjual kitab Ihya’ Ulumuddin Imam Al-Ghazali ni. Sebelum ni memang penah jgak dgr pasal kitab ni tapi tak berapa tau sgt. So daripada penerangan yang telah diberikan oleh brader kat situ membuatkan aku tertarik nak baca kitab ni. Tapi disebabkan harganya agak mahal, maka terpaksa la melupakan hajat untuk memilikinya buat sementara waktu. Insyaallah dimasa akan datang kalau ada rezeki lebih, aku nak miliki jgak kitab ni.

Iman al Ghazali ( Lahir 450H – Wafat 505H ) terkenal kerana kitabnya Ihya’ Ulumuddin. Disamping sanjungan yang tinggi keatasnya ada juga penentang dan penkritiknya di sepanjang zaman. Pada zaman sekarang beliau dikeritik , dan keritikan keatasnya boleh dibaca dibanyak laman sesawang, antaranya mengatakan beliau ( semuga rahmat allah keatasnya) bukan ahli hadis.

Pada zamannya, beliau dimusuhi oleh ahli ahli fekah pada zaman pemerintahan Sultan Yusuf bin Tasyfin. Mereka telah menasihat sultan supaya kitabnya dibakar dan diharamkan pengedarannya.

Mendengar berita itu al Ghazali  di dalam sebuah majlis  atau kuliahnya berkata:
” Tuhan akan mengoyak-ngoyakkan kerajaan mereka sebagaimana  mereka telah mengoyak-ngoyak kitabku”.

Kebetulan di dalam majlis itu ada seorang pelajar dari Magribi bernama Muhamad bin Taumrut. Beliau begitu marah pada sultan Magribi dan berkata : “Wahai Imam, doakan kepada tuhan, semuga keruntuhan  kerajaan bani Tasyfin terjadi di tangan ku”.

Pelajar itu kemudian pulang ke Magribi dan membuat perancangan merebut kekuasan dari Bani Tasyfin. Bilau berjaya dan beliau sendiri menjadi raja Magribi bergelar Muwahhidin.

Kitab Ihya’ Ulumuddin kemudian diizinkan pengedarannya semula.



kepada sesiapa yang baru ingin berjinak-jinak dengan kitab Ihya 'Ulumuddin itu supaya meneruskan usaha anda itu. Jangan termakan hasutan puak-puak yang membenci ilmu tasawwuf dan kitab Ihya tersebut. Kepada yang sudah berjinak pula, teruskan pembacaan anda. Kepada yang sudah khatam berjinak, pasti kalian dapat melihat betapa unggulnya kitab masterpiece Imam Al-Ghazali tersebut.

Baca selebihnya di http://hembusan.blogspot.com

Sunday, December 18, 2011

Fikiran positif – positif yang 100% betul-betul punya positif


Untuk melakukan yang terbaik dalam hidup, kita kena buat sesuatu dengan sungguh-sungguh walaupun ia sesuatu yang berlainan dari bidang pembelajaran kita ataupun ia sesuatu yang cukup baru buat diri kita. Pada sesetengah orang, sikap berfikiran positif dan bersangka baik mungkin sesuatu yang baru.

Tapi, nak membina hidup yang lebih baik, kita kena sanggup melakukan sesuatu yang tak sanggup dilakukan oleh ramai orang. Kebanyakan daripada kita tak bertahan dengan fikiran positif, puncanya dari diri mereka sendiri.

Sebab? Tak positif betul-betul.


Dr Tuah Iskandar ada kata, bila dah buat sesuatu, buat biar betul-betul supaya kita merasai hasilnya. So dalam kita membina sikap berfikiran positif untuk kita merubah hidup kita, biar kita berfikiran positif betul-betul, bukan yang sekejap negatif sekejap positif pastu negatif balik.

Tatkala memulakan sesuatu, melihat sesuatu, menonton sesatu atau terjumpa sesuatu, pandanglah ia dari sudut positif – pandang dari sudut yang baik-baik saja.

Sumber : http://www.imotivasi.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...